Gerhana
terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari.
Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul
berada pada satu garisan yang lurus. Yang membezakan antara dua jenis
gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah? Apakah yang
membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?
Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di atas.Apabila
kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang
oleh objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima
cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.Sekiranya
kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat
Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam
boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.Jadi,
gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang
ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin
mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi
pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).
0 comments:
Post a Comment